fbpx

FLICK tingkat daya saing graduan dalam pasaran pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad DASUKI (tiga dari kanan, belakang) menunjukkan tanda bagus sempena majlis penutup FLICK Pelajar IPTA tahun 2022 di USM, Pulau Pinang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Program Li­terasi Kewangan dan Persediaan Kerjaya (FLICK) adalah satu pendekatan proaktif untuk melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran sebagai persediaan mereka sebelum melangkah ke alam kerjaya.

Program dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu juga dapat membantu meningkatkan daya saing gra­duan dalam pasaran pekerjaan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, program FLICK juga akan memberi pendedahan berkaitan kemahiran pe­ngurusan kewangan yang sesuai dan relevan dengan keperluan semasa.

“Pelajar perlu diberikan ke­sedaran awal berhubung ke­utamaan menabung sebagai salah satu cara terbaik dalam mengurus kewangan dan membuat pilihan bijak dengan memilih produk simpanan yang menawarkan manfaat serta pulangan yang berbaloi.

“Produk simpanan PTPTN iaitu Simpan SSPN merupakan antara pilihan bagi instrumen simpanan untuk persediaan pendidikan sebagai jaminan masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis perasmian penutup FLICK Pelajar IPTA Tahun 2022 di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang baru-baru ini.

Sebelum ini, program tersebut telah berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Pendidikan Sultan ­Idris (UPSI).

Program ini melibatkan 14 IPTA di seluruh negara dengan fokus utama memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu pengurusan kewangan dan membantu pelajar membuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam kerjaya serta pelbagai peluang pasaran selepas tamat pengajian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI