fbpx

Maik tidak lantik pihak luar kutip tabung derma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Maik untuk mengutip tabung derma di Tumpat minggu lalu.

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak luar untuk mengutip tabung derma menggunakan nama institusi tersebut.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak menyalahgunakan nama Maik untuk tujuan tersebut.

“Selain itu, Maik juga tidak meletakkan tabung derma di premis-premis di seluruh negeri ini.

“Setakat ini, kita tidak menerima laporan rasmi berkaitan kes itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Maik di Balai Islam Lundang di sini hari ini.

Tan Sri Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan memberitahu, Maik akan bertindak segera dengan membuat laporan polis untuk melakukan siasatan sekiranya ada pihak yang menjalankan kegiatan tersebut.

Katanya, masyarakat setempat yang mempunyai sebarang maklumat kes tersebut perlu tampil dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, tular video dan gambar seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan Maik di sebuah stesen minyak di Tumpat dekat sini.

Lelaki tersebut mendakwa dia menjalankan operasi untuk merampas tabung derma yang diletakkan tanpa kebenaran di stesen minyak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI