PELAKON Ranbir Kapoor berkongsi kisah lucu tentang perangai peminatnya yang dianggap pelik, namun menghiburkan.
Ujar pelakon berusia 39 tahun itu, dia pernah melihat satu situasi pelik apabila seorang peminat datang ke rumah dan berkahwin dengan pintu pagar miliknya.
“Seorang wanita datang ke rumah saya di Mumbai sambil membawa kelengkapan perkahwinan. Dia mahu berkahwin dengan pintu pagar rumah saya,” katanya.
Ujar suami kepada pelakon Alia Bhatt itu, wanita tersebut meninggalkan tanda ‘teeka’ yang selalunya dipakai pada dahi pengantin di pagar rumahnya.
Wanita terbabit turut meninggalkan kalungan bunga di situ.
“Nampaknya pintu pagar saya kini sudah menjadi ‘suami’ seseorang,” selorohnya.