fbpx

Tikam bekas kekasih kerana perasaan mahu membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dowling ditikam sebanyak lapan kali oleh bekas teman lelaki yang didakwa mengalami masalah skizofernia. - Twitter

LONDON – Seorang wanita mati  ditikam bekas teman lelakinya dengan suspek memberikan alasan bahawa dia terasa seperti mahu membunuh seseorang, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Suspek yang bernama  Abid Mahmood, memecah masuk ke dalam rumah mangsa, Tamby Dowling sambil menghunus sebilah pisau sebelum menikam mangsa sebanyak lapan kali.

Selepas melakukan jenayah kejam itu, Abid melarikan diri dengan menaiki teksi yang menunggunya di hadapan rumah mangsa.

Ketika berada di dalam teksi, Abid bersahaja memberitahu pemandu bahawa dia dapat mendengar suara jeritan Dowling.

Abid menyerah diri kepada polis tidak lama kemudian. Dia turut menyerahkan  pisau yang digunakan untuk menikam bekas teman wanitanya itu.

Suspek  telah ditahan di sebuah hospital selepas mengaku bersalah kerana membunuh tanpa niat dalam percubaannya untuk  mengurangkan tempoh hukuman penjara.

Mahkamah di Manchester  diberitahu bahawa  Abid mempunyai  masalah mental termasuk gangguan skizofrenia.

Pasangan itu berpisah pada Mac tahun lalu kerana masalah kesihatan mentalnya yang semakin buruk.

Sebelum membunuh Dowling, Abid yang pernah disabitkan atas kesalahan berkelakuan ganas  dan dadah,  telah menghubungi wanita itu sebanyak 17 kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI