fbpx

5 remaja lelaki curi motosikal diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara motosikal jenis Honda EX5 yang dirampas polis.

AMPANG – Seramai lima remaja lelaki yang masih bersekolah ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar Ampang Jaya pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menjalankan lima serbuan berasingan sekitar pukul 6.30 petang hingga 11 malam.

“Melalui serbuan itu, kita berjaya menahan lima remaja terbabit yang berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun.

“Hasil serbuan kita turut merampas lapan buah motosikal jenis Honda EX5 dipercayai hasil kegiatan curi motosikal remaja berkenaan” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kesemua suspek menyasarkan motosikal jenis Honda EX5 bagi kegunaan harian selain mempunyai kemahiran untuk menghidupkan kenderaan itu dengan menggunakan teknik penyambungan wayar.

“Kesemua suspek kini direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI