fbpx

Eunji nafi jumpa tukang tilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EUNJI

AGENSI Brave Entertainment mendesak permohonan maaf daripada seorang tukang tilik nasib bernama Man Yeon-dang yang didakwa membuat pendedahan palsu terhadap anggota Brave Girls iaitu Eunji.

Ketika muncul dalam program Idols Picked by The Gods: Find the 2nd Brave Girls, tukang tilik itu mendakwa, Eunji ada meminta dia menilik nasib sebelum Brave Girls menempa populariti menerusi lagu Rollin.

Bagaimanapun kata Brave Entertainment, Eunji tidak pernah sekali pun bertemu dengan Yeon-dang sebelum ini.

Justeru, agensi itu mendesak permohonan maaf daripada tukang tilik itu kerana dakwaannya sudah merosakkan reputasi Eunji serta dibimbangi akan mempengaruhi masa depan mangsa baharu yang percaya dengan tilikannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI