fbpx

Menantu tiga tahun lebih tua berbanding ibu mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut mempunyai hubungan rapat dengan ibu mentuanya disebabkan jarak usia mereka hanya tiga tahun. – TikTok @riavangobel2

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mencuri perhatian netizen selepas berkongsi kisahnya yang berusia tiga tahun lebih tua berbanding ibu mentuanya, lapor saluran berita Liputan 6 hari ini.

Berdasarkan hantaran dikongsikan di laman TikTok, wanita tersebut berkata, dia dan suaminya turut mempunyai perbezaan umur sebanyak 30 tahun.

“Cinta tidak mengenal usia. Suami berusia 20 tahun dan saya 50 tahun. Kami telah berumah tangga selama tujuh tahun, doakan kami bersama sampai ke hujung nyawa,” kata wanita berkenaan dalam hantarannya.

Wanita yang menggunakan akaun bernama @riavangobel2 itu turut berkongsi klip video memaparkan kemesraan antara dirinya dengan suami dan ibu mentuanya.

Tambah wanita tersebut,  jarak usia tiga tahun dengan ibu mentuanya membuatkan mereka berasa seperti rakan baik. Dia bagaimanapun tetap menghormati wanita itu dan memanggilnya dengan gelaran ‘Mama’.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen dengan rata-rata memberikan komen positif.

“Jodoh sudah ditentukan. Apa yang penting adalah saling mengisi kekosongan hidup,” kata seorang netizen.

“Saya kagum dengan si ibu mentua  kerana mengizinkan anak lelakinya berkahwin dengan wanita yang jauh lebih berusia,” kata seorang netizen lain. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI