fbpx

Padah buat laporan palsu kononnya beg tangan diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmat.

ISKANDAR PUTERI – Seorang remaja perempuan sanggup membuat laporan polis palsu semata-mata tidak mahu dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana Mykad hilang.

Bagaimanapun, helah remaja terbabit dapat dihidu dan ditahan polis setelah memberikan keterangan mencurigakan mengenai kejadian kehilangan Mykad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, remaja berusia 17 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dia diragut pada pukul 11.15 malam, kelmarin.

“Polis menahan suspek semalam pukul 4.30 petang di Balai Polis Nusa Bestari, di sini kerana disyaki membuat laporan palsu bagi mendapatkan kad pengenalannya semula tanpa dikenakan denda oleh JPN.

“Suspek mengaku membuat laporan palsu dengan tujuan untuk membuat Mykad yang telah hilang di JPN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata, suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat dibawah seksyen 182 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI