fbpx

Pejabat LHDN di Menara TM pindah ke Menara Hasil di Bangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat baharu LHDN di Menara Hasil Bangi.

PETALING JAYA – Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPNWPP) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang kini beroperasi di Menara TM, Jalan Semarak Kuala Lumpur akan beroperasi di pejabat baharu mulai 1 Julai 2022.

Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dalam satu kenyataan berkata, urusan perpindahan pejabat lama ke pejabat baharu akan bermula pada 27 sehingga 30 Jun 2022.

“Pejabat baharu di Menara Hasil Bangi Aras 2 Kanan, Menara 2, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Nombor telefon 03-8913 3800,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat menerusi Hasil Care Line di talian 03-89111000/603-8911 1100 (Luar Negara) atau melalui HASiL Live Chat.

Pertanyaan juga boleh dikemukakan menggunakan Borang Maklum Balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI