fbpx

[VIDEO] Emilia hadir mahkamah isu ubah tarikh lawatan anak SM Faisal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emilia (kiri) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas isteri ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi, 43, tiba di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi menghadiri prosiding komital berhubung isu mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka.

Emilia yang tiba kira-kira pukul 9.50 pagi hadir dengan memakai jubah berwarna putih ditemani peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim serta beberapa penyokongnya.

Media sebelum ini melaporkan Emilia, akan menyerah diri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini dan menjalani hukuman penjara tujuh hari. Emilia terpaksa berbuat demikian kerana tekanan emosi yang berterusan dan trauma dihadapi.

Dalam keputusan terdahulu di Mahkamah Tinggi Syariah mengenai hak lawatan anak, Hakim Syarie Fouzi Mokhtar berkata, Emilia dijatuhi hukuman penjara kerana gagal mematuhi perintah mahkamah.- KOSMO! ONLINE

@kosmoonlineBekas isteri ahli perniagaan SM Faisal, Emilia Hanafi, 43, prosiding komital berhubung isu hak lawatan di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.♬ original sound – Kosmo!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI