fbpx

Spekulasi perkahwinan RM, agensi tukang jawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RM BTS

TIDAK semena-mena kecoh dalam media sosial apabila ada netizen mendakwa penyanyi RM akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat dengan seorang wanita berstatus hartawan.

Dakwaan tersebut timbul daripada seorang netizen mendakwa dia merupakan kenalan wanita itu sejak di bangku sekolah.

Katanya, dia menerima panggilan daripada wanita itu dan memaklumkan perancangan perkahwinan dengan RM.

Wanita yang berkelulusan dari sebuah universiti berprestij dan berasal dari keluarga berada itu dikatakan berkenalan dengan RM sejak bertemu dalam sebuah acara sekitar 2014.

Tampil menepis pendedahan tersebut, Big Hit Music menerusi satu kenyataan berkata, berita mengenai perkahwinan membabitkan RM adalah khabar angin tak berasas.

“Khabar angin perkahwinan berkaitan RM adalah tidak berasas sama sekali. Kami sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu yang bermula daripada YouTube,” katanya.

Tahun lalu, RM yang merupakan ketua kumpulan BTS pernah digosipkan bercinta dengan seorang wanita bukan dalam kalangan selebriti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI