fbpx

Peminat Manchester United rancang protes anti Glazer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT United merancang untuk mengadakan protes selepas keluarga Glazer menggunakan dana kelab sebagai dividen untuk diri mereka. – AFP

MANCHESTER – Saingan musim baharu masih belum bermula, namun sudah kedengaran be­rita tidak enak melibatkan Manchester United selepas para peminatnya dilaporkan mahu mengadakan protes terhadap pemilik, keluarga Glazer.

Difahamkan, kemarahan pemi­nat-peminat United tercetus selepas Glazer membuat keputusan untuk menggunakan £11 juta (RM59.39 juta) daripada dana kelab sebagai bayaran dividen kepada diri sendiri.

Justeru, kumpulan penyokong skuad The Red Devils bercadang untuk mengadakan protes menjelang perlawanan sulung pengurus baharu, Erik Ten Hag di Old Trafford menentang Rayo Vallecano dalam aksi persahabatan 31 Julai depan.

“Glazer sudah membuat keputusan untuk memberikan diri sendiri dividen sebanyak £11 juta selepas United menamatkan saingan yang boleh dikatakan terburuk dalam sejarah. Perbuatan ini sukar untuk dimaafkan.

“Bagaimana mereka boleh mengambil keuntungan sebegitu sedangkan pasukan berada dalam keadaan cukup tenat. Oleh itu, kami meminta untuk bersemuka dengan pemilik bagi mendapatkan jawapan,” kata jurucakap kelab penyokong United.

Sekiranya protes itu berjalan seperti yang dirancang, ia mungkin bakal menimbulkan dilema buat Ten Hag berhubung masa depannya di kelab tersebut, lebih-lebih lagi beliau hadir bagi memperbaiki keadaan semasa di United.

Sebagai rekod, penyokong Uni­ted pernah melakukan perkara sama sebelum aksi menentang Norwich City dan Chelsea bagi menunjukkan protes terhadap cadangan Liga Super Eropah (ESL). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI