fbpx

Jenama ‘CoopMart Sejak 1922’ kukuhkan entiti koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (dua kanan) melihat Buku Koperasi Terbaik 2022 pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan ke-100 Koperasi, malam tadi.

SHAH ALAM – Jenama ‘CoopMart Sejak 1922’ akan terus diperkukuhkan dengan memperluaskannya pada setiap produk dikeluarkan dan dipasarkan pihak koperasi.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, langkah itu selaras penubuhan koperasi sejak 100 tahun lalu yang bersama-sama menyumbangkan pembangunan ekonomi negara.

Katanya, beliau mendapat inspirasi untuk mempopularkan jenama CoopMart Sejak 1922 tersebut semasa lawatan kerja ke England baru-baru ini.

“Jika di England pada setiap produk tertera jenama ‘CoopMart Since 1844’ kita pula akan meletakkan jenama CoopMart Sejak 1922 pada setiap produk koperasi di 2,500 kedai koperasi seluruh negara.

“Kita berharap dapat mengukuhkan entiti koperasi dalam negara selama-lamanya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Sempena Sambutan 100 tahun Koperasi di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) malam tadi.

Jelas beliau, pihaknya menyasarkan penambahan lagi 500 kedai koperasi seluruh negara menjadikannya 3,000 secara keseluruhannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI