fbpx

Seorang wanita parah kereta dinaiki terbakar lepas rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas hospital memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang cedera parah di kepala.

SERDANG – Seorang wanita cedera parah apabila kereta yang dinaiki merempuh sebuah lori menyebabkannya terbabas lalu terbakar berdekatan Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX), Seri Kembangan dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.46 pagi.

“Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi dan sebaik di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan dan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM terbakar sebanyak 90 peratus.

“Kereta berkenaan dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan satu tan menyebabkannya terbabas dan terbakar,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, api bagaimanapun berjaya dipadamkan pihak bomba.

Jelas beliau, seorang wanita tempatan berusia 20-an dipercayai penumpang kereta Proton Saga BLM cedera parah pada bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Putrajaya dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Manakala pemandu kereta sama berusia 20-an serta pemandu lori berusia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI