fbpx

Raja Abdullah sokong penubuhan NATO Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Abdullah menyokong penubuhan NATO versi Timur Tengah bagi menjamin keamanan rantau tersebut. - Middle East Monitor

LONDON – Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II menyatakan sokongan berhubung idea penubuhan pakatan ketenteraan Asia Barat berdasarkan model Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor akhbar Arab News kelmarin,

Bercakap kepada wartawan saluran CNBC, Hadley Gamble, baginda berkata, pakatan tersebut boleh berhasil dengan penyertaan negara-negara seha­luan  tetapi misinya perlu jelas dari awal lagi.

“Saya mahu melihat lebih banyak negara di kawasan ini (Asia Barat) menyertai pakatan tersebut. Saya akan menjadi antara yang pertama menyokong NATO Asia Barat.

“Misi pakatan tersebut perlu  amat jelas,” katanya.

Menurut Raja Abdullah , ba­ginda melihat negaranya sebagai ‘rakan kongsi’ NATO. Ini kerana  Jordan pernah bekerjasama dengan pakatan berkenaan dan tenteranya turut berganding bahu dengan pasukan NATO pada masa lalu.

Selain kerjasama di bidang keselamatan dan ketenteraan, pakatan sedemikian  boleh membantu menangani cabaran berpunca daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, terutamanya berkaitan harga tenaga dan komoditi.

“Kita semua boleh membantu antara satu sama lain. Saya  fikir ia sangat luar biasa untuk rantau ini,” jelasnya.

Raja Abdullah juga membincangkan ancaman Iran terhadap keselamatan Asia Barat dan krisis Israel-Palestin yang berpotensi mengganggu pelan pembangunan rantau itu.

“Jika mereka (Israel dan Pa­lestin) tidak bercakap antara satu sama lain, itu mewujudkan rasa tidak selamat dan ketidakstabilan di rantau ini yang akan menjejaskan projek serantau.

“Tiada siapa yang mahukan perang, tiada siapa mahu konflik,” kata baginda. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI