fbpx

Korban gempa Afghanistan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung membantu operasi mencari dan menyelamat dengan menyelongkar serpihan bangunan yang musnah di Paktika. - Getty Images

KABUL – Jumlah kematian akibat gempa bumi yang menggegarkan Afghanistan me­ningkat kepada 1,150, manakala lebih 3,000 kediaman musnah sepenuhnya, lapor laman Wio­news.

Angka korban meningkat kelmarin berbanding anggaran awal 1,000 kematian selepas gempa kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Rabu lalu, demikian menurut Agensi Berita Bhaktar.

Bagaimanapun, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebut angka kematian berbeza.

Ia menganggarkan 770 kematian berlaku, manakala wakil UNICEF di Afghanistan menyatakan, jumlah korban adalah 1,036 orang dan belum muktamad.

Menurut akhbar Hindustan Times, terdapat perbezaan ke­tara dalam angka kematian dan kemusnahan.

Jurucakap Kementerian Pe­ngurusan Bencana, Mohammad Nassim Haqqani berkata, seramai 2,000 penduduk dilaporkan cedera dan hampir 10,000 rumah musnah.

Gempa minggu ini adalah antara yang paling dahsyat pernah berlaku di Afghanistan dalam tempoh 20 tahun.

Rantau Paktika di timur Afghanistan adalah yang paling teruk terjejas.

Selain kemusnahan tempat tinggal, komunikasi juga terjejas akibat kerosakan menara telefon dan talian elektrik.

Bencana itu memberi kesan buruk kepada lebih 118,000 kanak-kanak.

Ramai kanak-kanak tiada bekalan air minuman bersih, makanan dan tempat untuk berlin­dung.

Beberapa negara seperti Jerman dan Norway akan membantu Afghanistan melalui PBB tanpa melibatkan Taliban.

Rampasan kuasa oleh kumpulan Taliban menyebabkan masyarakat antarabangsa me­minggirkan Afghanistan sekali gus mengakibatkan proses pemulihan selepas bencana tersebut menjadi agak sukar. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI