fbpx

Kerajaan dengar luahan rakyat tentang harga ayam – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri beramah mesra dengan pengunjung Program Hari Rekreasi Putrajaya 2022 dan Karnival Jom Heboh di Anjung Floria, Presint 4 hari ini.

PUTRAJAYA – Tindakan kerajaan untuk tidak mengapungkan harga ayam di pasaran adalah tanda bahawa kerajaan sedia ada mendengar pandangan dan luahan hati rakyat terutama yang melibatkan isu kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, tiada istilah ‘buat pusingan U’ apabila kerajaan kembali menetapkan harga siling ayam demi kebaikan rakyat.

“Ini bukan buat pusingan U. Sebelum ini kerajaan buat keputusan untuk mengapungkan harga jualan ayam, namun selepas mendengar pandangan rakyat kita buat keputusan untuk menerima pandangan tersebut. Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar pandangan rakyat.

“Jadi kita putuskan untuk menetapkan semula harga siling bagi penjualan ayam. Apa yang penting, keputusan yang kita buat itu memberi kebaikan kepada rakyat, isu pusingan U atau tidak, itu tidak penting,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kerajaan membuat pusingan U berhubung penetapan harga siling ayam sewaktu hadir ke program Hari Rekreasi Putrajaya (HRP) 2022 dan Karnival Jom Heboh yang bertempat di Anjung Floria, Presint 4 di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri sempat mengadakan lawatan ke reruai yang disediakan di tapak program dan turut mengambil peluang beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

HRP 2022 merupakan penganjuran yang julung kali diadakan bertujuan mempromosikan Putrajaya sebagai Bandar Rekreasi serta menjadi lokasi tarikan pelancongan dan menjana pendapatan ekonomi setempat.

Antara aktiviti yang disediakan di sini adalah Fiesta Pencinta Haiwan Putrajaya, Bandar RV, pertandingan memancing, cabaran papan luncur serta aktiviti meniti di antara pokok termasuk reruai jualan dan aktiviti menarik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI