fbpx

Rakaman video tembak di Amerika Latin bukan Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video berbalas tembakan yang tular di media sosial berlaku di Amerika Latin.

KLANG – Rakaman video tular kejadian berbalas tembakan antara penjenayah dan pengawal keselamatan disahkan berlaku di Amerika Latin, bukan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mengesan video itu di media sosial kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Katanya, video itu memaparkan kejadian tembakan yang kononnya berlaku di sebuah premis di sekitar Bukit Tinggi, di sini.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menafikan kes itu berlaku di kawasan yang didakwa tersebut.

“Hasil semakan mendapati kejadian sebenarnya berlaku di salah sebuah negara Amerika Latin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Hoong Fong, orang ramai diingatkan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit memaparkan beberapa orang awam sedang berurusan di dalam sebuah premis yang turut dikawal seorang pengawal keselamatan.

Seorang daripada mereka yang memakai topi kemudian bertindak mengacukan pistol dan menembak pengawal tersebut.

Suspek lelaki itu bagaimanapun cedera ditembak di leher sehingga berlumuran darah lalu keluar dari premis berkenaan.

Berdasarkan rakaman video itu, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi, 20 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI