fbpx

JDT berpesta gol benam Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT membuktikan bahawa mereka sebuah pasukan yang unggul ketika membelasah Selangor FC 5-1 pada aksi kelmarin.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui sudah mengetahui ‘lubuk’ Sela­ngor dan menggunakan kesempatan itu untuk menang besar 5-1 di laman sendiri pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam kelmarin.

Mora berkata, mereka melakukan persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan tersebut setelah mempunyai tempoh rehat yang panjang hampir sebulan ketika pasukan kebangsaan mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia 2023.

Jelasnya, tempoh rehat tersebut dimanfaatkan sebaiknya untuk proses pemulihan pemain seperti Natxo Insa, Leandro Velazquez dan Carli De Murga, selain memberi penekanan terhadap aspek taktikal individu yang spesifik bagi meningkatkan permainan masing-masing.

“Bagi perlawanan ini, kami sudah membuat persediaan terperinci berminggu-minggu dan hasilnya amat memuaskan.

“Kami dapat membaca formasi dan apa yang cuba mereka lakukan di atas padang, kami tahu ruang yang boleh ditembusi dan manfaatkan peluang itu.

“Pemain juga dapat mengikut perancangan yang dilakukan dan menterjemahkannya pada perlawanan tersebut. Bagi saya, ini adalah perlawanan yang sangat baik buat kami, segalanya mengikut apa yang dirancang.

“Pujian juga perlu diberikan kepada Velazquez serta gan­dingan penyerang, Bergson (Da Silva) dan Fernando (Forestieri).

“Gol yang dijaringkan ini bertaraf antarabangsa dan ini memberi kelebihan buat kami pada separuh masa pertama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mora turut menghamburkan pujian kepada Shahrul Saad yang melakukan tugas dengan baik merantai Herlison Caion daripada melakukan gerakan berbahaya, sekali gus memberikan keyakinan kepada pasukan untuk meningkatkan serangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI