fbpx

Dua lelaki dicekup seleweng diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tong berisi minyak diesel bersubsidi yang dirampas pihak berkuasa.

KUALA LANGAT – Kegiatan dua lelaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi tumpas apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah premis di Tanjong Sepat di sini, semalam.

Kedua-dua warga tempatan berusia 27 dan 42 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, kira-kira pukul 2.30 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd. Khairi Jamaludin berkata, pihaknya menerima serahan mengenai kes itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Penyerahan di sebuah premis tidak bernombor itu melibatkan rampasan keseluruhan berjumlah RM45,475. Minyak diesel yang dirampas masing-masing seberat 12,000 liter (l), 4,500 dan 480 termasuk sebuah lori.

“Dua lelaki yang disiasat bagi kes itu dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Khairi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI