fbpx

Kenapa Siti Kasim mahu bidas perkara baik? – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA mempersoalkan tindakan Siti Kasim yang memperlekehkan teguran Haris berhubung aurat Muslimah meninggal dunia.

PETALING JAYA – Selebriti dan juga usahawan terkenal Neelofa mempertahankan hujah suaminya, Haris Ismail yang disindir peguam dan aktivis, Siti Kasim berhubung satu nasihat supaya tidak menyiarkan aurat wanita Islam yang telah meninggal dunia dalam media sosial.

Nasihat yang dititipkan Haris, 27, bagaimanapun telah dipersoalkan peguam dan juga aktivis terkenal, Siti Kasim yang meminta pendakwah bebas itu supaya tidak mencampuri urusan orang lain, sebaliknya fokuslah ‘menjaga tepi kain sendiri’.

“Saya tidak menganggap teguran oleh suami saya sebagai satu kesalahan. Kenapa dia (Siti Kasim) hendak bidas perkara yang baik?

“Bukanlah lebih elok jika kita berkongsi gambar yang menutup aurat untuk mengucap takziah kepada seseorang Muslimah yang sudah meninggal dunia. Saya rasa tidak logik apabila orang suruh buat baik, tapi dibidas,” katanya.

Kata bekas pengacara program MeleTOP itu lagi, sikap saling berpesan sesama manusia juga mungkin boleh menjadi asbab kebaikan dan secara tidak langsung boleh membantu meringankan beban seseorang yang sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, Neelofa berkata tiada paksaan untuk seseorang berbuat demikian.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu panjangkan perkara ini. Haris hanya meminta kalau boleh, kongsilah gambar arwah yang menutup auratnya.

“Semua itu akan dihisab nanti, arwah yang akan menanggung (aurat). Sekurang-kurangnya, inilah yang boleh kita lakukan untuk menghormati arwah,” tuturnya.

Neelofa berkata demikian apabila diminta mengulas ciapan peguam dan aktivis, Siti Kasim yang mempersoalkan pesanan PU Riz atau Haris Ismail mengenai aurat Allahyarham Adibah Noor.

Terdahulu, Siti Kasim menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Twitter miliknya telah membidas kenyataan Haris supaya tidak mencampuri urusan orang lain selepas lelaki itu menasihati orang ramai agar tidak berkongsi gambar mendedahkan aurat Allahyarham Adibah Noor.

Bahkan Siti Kasim turut mempersoalkan kedudukan Haris sama ada dia telah mendapat tempat di syurga hingga layak memberi nasihat sedemikian kepada orang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI