fbpx

Masjid Al-Aqsa mungkin runtuh jika kerja penggalian Israel berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Al-Aqsa terletak di Baitulmuqaddis. - AFP

BAITULMUQADDIS – Pegawai-pegawai  di Masjid Al-Aqsa menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap ekskavasi Israel yang menyebabkan struktur bangunan masjid retak selain berlaku kerosakan lain, lapor akhbar Arab News, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Islam dan Hal Ehwal Masjid Al-Aqsa, Azzam Al-Khatib memberi amaran bahawa Masjid Al-Aqsa berisiko runtuh sekiranya kerja penggalian Israel di tempat suci umat Islam itu berterusan dalam jangka masa panjang.

Rejim Israel melakukan ekskavasi di bawah tempat ketiga paling suci umat Islam itu sejak beberapa minggu lalu.

Aktiviti tersebut menyebabkan keretakan pada dinding dan batu marmar terlerai daripada i dinding serta siling.

“Terdapat kerja-kerja penggalian berbahaya dan tidak diketahui tujuannya sedang dilakukan oleh Rejim Israel.

“Saya minta polis Israel membenarkan jurutera dan juruteknik khusus daripada  jabatan kami untuk memeriksa keadaan bangunan yang terjejas,  namun permintaan kami tidak dipedulikan,” kata Azzam.

Katanya, aktiviti serupa pernah berlaku pada masa lalu tetapi kerja-kerja penggalian telah dipertingkatkan sejak beberapa minggu lalu.

“Kami bimbang mengenai terowong yang digali oleh pihak Israel boleh menyebabkan Masjid Al-Aqsa runtuh.

“Oleh sebab itu, kami memohon Mahkamah Diraja Jordan, Kementerian Wakaf Islam Jordan, duta Jordan, dan yang paling penting, kami merayu kepada pemerintah Jordan, Raja Abdullah selaku penjaga tapak suci untuk campur tangan dalam isu ini.

“Pihak pengurusan Awqaf Islam tidak mahu sebarang pergeseran berlaku tetapi kami amat mengambil berat mengenai apa sahaja yang boleh menjejaskan Al-Aqsa dan kestabilan di rantau ini.

Tambah Azzam, pihaknya telah memohon kebenaran daripada  polis Israel untuk melakukan kerja pembaikan pada  dinding  rosak tetapi tidak mendapat keizinan.

“Baik Wakaf, mahupun UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB), kedua-dua pihak tidak tahu apa yang berlaku sekarang.

“Kami diamanahkan menjaga Masjid Al-Aqsa dan kami akan melaksanakan tanggungjawab itu.

“Apa yang berlaku adalah perkara berbahaya yang membimbangkan dan menakutkan kita semua,” tambah Azzam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI