fbpx

Dapat kembali iPhone 10 bulan hilang dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan iPhone (kanan) milik Davies ketika ditemui Pacheco di Sungai Wye. - iMore

LONDON – Seorang lelaki bernasib baik kerana menjumpai semula telefon pintar iPhone miliknya yang hilang 10 bulan lalu di sebatang sungai di Britain, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Owain Davies mendapat kembali telefonnya selepas seorang lelaki, Miguel Pacheco menemui peranti tersebut semasa melakukan aktiviti berkanu di sungai sama.

Pacheco berkata, dia menemui iPhone itu di dalam air semasa berkanu bersama keluarganya pada bulan ini di Sungai Wye, Gloucestershire dan membawa­nya pulang untuk dikeringkan.

“Saya tidak fikir iPhone ini masih boleh digunakan kerana  dipenuhi air.

“Saya menggunakan penge­ring udara untuk mengeringkannya dan terkejut kerana peranti ini dapat dihidupkan sebaik sahaja dicas,” kata Pacheco.

Dia kemudian menyiarkan gambar lelaki yang tertera pada skrin telefon itu di laman Facebook bagi menjejaki pemiliknya.

Paparan itu mendapat beribu-ribu perkongsian dan lelaki dalam foto itu akhirnya dikenal pasti sebagai Davies dari Edinburgh, Scotland.

Davies berkata, telefon itu jatuh ke dalam sungai semasa dia melakukan aktiviti berkanu di Sungai Wye. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI