fbpx

Siti Aminah sedia jaring gol demi kemenangan Selangor Angels

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI AMINAH (kiri) sedar KL Wildcats bukan pasukan calang-calang, namun Selangor Angels sedia bermati-matian untuk menumbangkan juara bertahan itu di Stadium Juara Bukit Kiara malam ini.

PENJARING utama Selangor Angels, Siti Aminah Ahmad bertekad untuk memberikan ­prestasi maksimum bagi memastikan kejayaan mereka melangkah ke pentas final Sooka Netball Super League (NSL) 2022.

Goal shooter berusia 28 tahun itu enggan menjadikan faktor ke­tinggiannya sebagai penghalang untuk membenam juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Wildcats pada aksi separuh akhir di Sta­dium Juara Bukit Kiara malam ini.

“Kami nak menang lawan KL sebab mahu ke final. Tak kisah berapa jumlah, beza satu jaringan pun tak apa asalkan kami menang.

“Kami tak boleh ikut rentak pemain-pemain KL yang memang laju. Kami perlu menahan asakan dan cuba kawal permai­nan selama boleh,” kata Siti Aminah.

Walaupun cuma berketinggian 166 sentimeter dan perlu berdepan pemain-pemain pertahanan yang lebih tinggi tetapi Siti Aminah masih dapat membuktikan ketajaman menerusi 183 jaringan daripada tujuh perlawanan.

Biarpun tidak pernah dipanggil bersama skuad kebangsaan tetapi kecemerlangan itu me­nyaksikan Siti Aminah muncul salah seorang daripada lima penjaring terbanyak NSL musim ini.

“Serius tak jangka saya dalam lima terbaik. Memang terkejut tetapi ia secara tidak langsung menaikkan semangat untuk saya berikan yang terbaik kepada ­pasukan.

“Bukan nama saya sahaja tetapi usaha satu pasukan yang membolehkan saya berada di kedudukan ini. Kalau bola tak sampai kepada saya, tak mungkin saya boleh jaringkan gol sebanyak ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI