fbpx

Persona, NGO satukan rakyat berbilang kaum adakan mesyuarat agung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD (duduk, empat dari kiri) bergambar bersama ahli jawatankuasa Persona pada Majlis Perasmian Persidangan Agung Kebangsaan Persona kali kelima sesi 2019 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

MESYUARAT. Persatuan Solidariti Nasional (Persona) mengadakan persidangan agung kebangsaan kali kelima sesi 2019 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dadangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Persidangan itu dirasmikan oleh Presiden Persona, Norshahida Salleh. Hadir sama Penaung Persona, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Norshahida dalam ucapannya berkata, persatuan itu ditubuhkan untuk menyatukan rakyat yang berbilang kaum.

“Antara objektif yang ingin dicapai Persona adalah memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat.

“Saya juga ingin persatuan ini menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai keistimewaan tersendiri,” katanya.

Persona yang ditubuhkan pada 11 Disember 2014 kini mempunyai kira-kira 270,000 ahli di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN