SEJAK kebelakangan ini, nama Puteri Balqis aktif meniti di bibir netizen.
Terbaharu, pelakon berusia 15 tahun itu dikatakan semakin jelita dan mirip aktres popular Indonesia, Vanesha Prescilla yang terkenal dengan watak Milea dalam filem Dilan 1990.
Menerusi satu hantaran Instagram yang dimuat naiknya, Balqis yang memakai uniform sekolah dengan rambut panjang mengurai mencuri perhatian apabila rata-rata netizen berpendapat wajahnya iras seperti Vanesha.
“Boleh buat cerita Milea versi Malaysia,” komen netizen.
“Ada iras tetapi kedua-duanya memiliki aura yang berbeza,” kata seorang pengguna TikTok.