fbpx

Amaran ribut petir di utara, pantai barat Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan kawasan utara, pantai barat serta beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak dan Labuan pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan amaran tersebut berikutan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang berpotensi melanda negeri-negeri berkenaan sehingga pukul 10 pagi nanti.

Dalam kenyataannya di Facebook melaporkan, hujan lebat serta ribut petir dilihat tertumpu sekitar Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.

“Keadaan yang sama turut meliputi keseluruhan negeri Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim.

“Cuaca buruk itu juga berlaku di Bentong, Pahang dan kesemua kawasan negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, bagi Negeri Sembilan pula, hujan lebat sedang melanda daerah Jelebu dan Seremban.

Sementara itu, sebahagian daerah di Sarawak turut mengalami keadaan cuaca buruk pagi ini melibatkan Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu dan Miri (Subis) serta keseluruhan Labuan.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI