fbpx

Kemelut 8 tahun Shila Amzah bersama media berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTEMUAN hati ke hati antara Shila Amzah dan beberapa media meleraikan persengketaan yang pernah tercetus lapan tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Shila Amzah menzahirkan kelegaan selepas ‘perang dingin’ selama lapan tahun bersama pihak media Melayu berakhir dalam satu pertemuan hati ke hati di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur di sini.

Dalam pertemuan selama tiga jam tersebut, Shila dan pihak media saling bermaafan sekali gus menamatkan konflik yang tercetus susulan kes saman menyaman lapan tahun lalu.

“Saya berasa lega untuk meneruskan hari yang mendatang dengan lebih tenang selepas pertemuan bersama media ini.

“Sebenarnya perasaan untuk berdamai ini telah timbul ketika saya hamil pada 2019, tetapi mungkin Allah belum makbulkan ketika itu kerana masanya belum sesuai.

“Andai pertemuan bersama media berlaku pada lapan tahun lepas, mungkin tidak akan sedamai ini kerana cara pemikiran saya hari ini sudah jauh berubah dan lebih matang.

“Saya tidak mahu lagi menanggung beban di bahu saya kerana kemelut ini. Saya sudah tidak larat,” ujar Shila penuh jujur.

Dalam pada itu, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 32, berharap konfliknya bersama media dijadikan pengajaran oleh rakan selebriti lain.

“Saya hendak beritahu rakan-rakan artis yang lain supaya elakkan dan jangan buang masa turun naik mahkamah jika ada masalah dengan mana-mana pihak, sebaliknya selesaikan dengan cara yang baik.

“Saya tidak mahu orang lain melalui perkara yang sama, sesukar mana pun berdamailah kerana tiada perkara baik muncul dari konflik tersebut selain masa terbuang dan banyak berhabis wang ringgit,” kongsinya penyanyi lagu Khilaf Asmara itu lagi.

Sekitar Mac lalu, Shila dalam satu temu bual dalam program Melodi, TV3 meluahkan kekesalannya atas tindakan saman terhadap sekumpulan wartawan pada 2015 dan memohon maaf kepada media yang terkesan.

Kata Shila, pengalaman berkenaan satu pembaziran besar kerana jumlah wang yang dihabiskan untuk turun naik mahkamah sebenarnya boleh membeli sebuah rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI