fbpx

Pengumuman InterContinental Penang Resort bukti keyakinan pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mutiara Beach Resort Pulau Pinang di Teluk Bahang, yang bakal ditransformasikan kepada resort pantai mewah, InterContinental Penang Resort.

GEORGE TOWN – Pemeteraian perjanjian antara IHG Hotels & Resorts (IHG) dengan THR Hotel (Penang) Sdn. Bhd., anak syarikat Tradewinds Corporation Berhad untuk mentransformasikan Mutiara Beach Resort Pulau Pinang di Teluk Bahang kepada resort mewah memperlihatkan keyakinan pelabur antarabangsa.

Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, kepercayaan pelabur terhadap sektor pelancongan di Pulau Pinang kembali meningkat walaupun diselubungi kesan Covid-19 sejak dua tahun lalu.

”Pulau Pinang telah menunjukkan daya tahan mampan untuk sektor pelancongan dan berupaya bangkit semula dengan lebih baik, malah berkembang maju selepas pandemik.

”Kerajaan negeri mengalu-alukan pelaburan untuk membangunkan semula hotel berkenaan dan ini menunjukkan Pulau Pinang sentiasa menjadi pilihan pelabur termasuk untuk membangunkan industri pelancongan di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di Komtar di sini, kelmarin.

Kerjasama dengan THR Hotel (Penang) Sdn. Bhd. bakal menyaksikan IHG memperkembangkan portfolio mewah dan gaya hidup­nya di Malaysia dengan meng­ubah Mutiara Beach Resort Pulau Pinang di Teluk Bahang, kepada resort pantai mewah di bawah jenama IHG.

Bakal dibuka pada 2025, InterContinental Penang Resort yang terletak bersebelahan perkampungan nelayan Teluk Bahang, Taman Negara Pulau Pinang dan Taman Herba Tropikal Pulau Pinang akan menawarkan pengunjung pemanda­ngan Selat Melaka yang menampilkan pantai pasir putih, air hijau jernih dan latar belakang hutan gunung untuk pe­lancong.

Di Malaysia, IHG ketika ini mempunyai enam hotel di bawah tiga jenama iaitu InterContinental, Holiday Inn dan Holiday Inn Express.

Menurut Soon Hin, kehadiran jenama IHG di negeri ini selari dengan visi Wawasan Pulau Pinang 2030 dan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang untuk memartabatkan industri pelancongan Pulau Pinang.

”Dalam peralihan kepada fasa endemik, Pulau Pinang telah menarik pelaburan antarabangsa dengan pantas, menunjukkan ia destinasi pelaburan makmur yang memanfaatkan ekosistem pelancongan terbaik untuk pelancong dalam dan luar negara.

”Kami akan meneliti strategi bersama beberapa agensi untuk meneroka peluang baharu dalam jangka panjang yang menambah nilai kepada ekosistem pelaburan dan pelancongan di Pulau Pinang,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI