fbpx

Krisis makanan global dijangka punca kematian jutaan umat manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 14 Jun lalu menunjukkan tanaman gandum dekat Izmail, rantau Odessa di Ukraine. - AFP

YOGYAKARTA, Indonesia  – Krisis makanan global disebabkan perang di Ukraine dijangka  membunuh berjuta-juta orang dengan mengakibatkan penduduk paling lapar cenderung dijangkiti penyakit berjangkit sekali gus berpotensi mencetuskan bencana kesihatan dunia yang seterusnya.

Sekatan laut Russia ke atas pelabuhan-pelabuhan Ukraine di Laut Hitam mengakibatkan eksport bijirin terhenti dan meningkatkan kemungkinan berlakunya  kelaparan serta  kekurangan bekalan makanan di negara-negara berpendapatan rendah.

Ukraine merupakan pengeksport gandum dan jagung keempat terbesar di dunia.

Impak berantai kekurangan makanan akan menyebabkan ramai penduduk mati bukan sahaja kerana kelaparan tetapi disebabkan daya tahan penyakit mereka menjadi lemah akibat kekurangan zat, kata Pengarah Eksekutif Dana Global bagi Memerangi AIDS, Batuk Kering (TB) dan Malaria, Peter Sands kepada agensi berita AFP minggu ini.

“Saya berpendapat krisis kesihatan manusia yang seterusnya sudah pun bermula. Ia bukan kuman baharu tetapi manusia mengalami kekurangan zat makanan dan terdedah kepada penyakit sedia ada,” katanya dalam satu wawancara sampingan semasa mesyuarat menteri kesihatan negara-negara  Kumpulan 20 (G20) di bandar Yogyakarta, Indonesia.

Menurutnya, kerajaan-kerajaan di dunia perlu meminimumkan impak krisis makanan dengan  menyediakan akses penjagaan kesihatan kepada komuniti paling miskin yang menjadi golongan paling mudah terjejas.

Danal global tersebut kini berjumlah AS$4 bilion (RM17.63 bilion).

Beliau berkata, perang melawan Covid-19 telah mengambil sumber dan dana yang diperlukan untuk memerangi TB. Pertubuhan Kesihatan  Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa penyakit itu telah membunuh seramai 1.5 juta orang dalam tahun 2020. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI