fbpx

Polis kesan saksi kemalangan maut di LDP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan di Lebuh Raya Damansara-Puchong semalam.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di kilometer 13.7 Lebuh Raya Damansara-Puchong semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian pada pukul 7.01 malam semalam.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC berusia 19 tahun.

“Mangsa dipercayai telah melanggar bahagian belakang motosikal jenis Honda EX5 sebelum terbabas ke tengah jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah di bawah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan sebab kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” jelasnya.

Tambahnya, individu yang melihat atau berada di lokasi dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Khairil di talian 019-3318339 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI