fbpx

Sharnaaz tetap ayah anak saya – Noor Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA tidak pernah terfikir memisahkan hubungan antara anaknya, Jebat dengan Sharnaaz selepas insiden membabitkan pelakon itu baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kakak kepada selebriti popular Neelofa, Noor Nabila akan terus memberi sokongan penuh terhadap bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad yang baru-baru ini ditahan reman selama tiga selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada 18 Jun lalu.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd. Noor, 37, sokongan tersebut diberikan kepada pelakon filem Jebat itu memandangkan dia merupakan bapa kepada anak mereka, Jebat Jayden.

“Setakat ini, saya nampak dia okey. Saya tahu apa yang berlaku tetapi tidak boleh komen lebih-lebih sebab semuanya masih dalam proses siasatan polis.

“Apapun yang berlaku, dia tetap bapa kepada Jebat. Walaupun apa sahaja jadi, saya akan tetap berada di belakang dia memberikan sokongan,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran edisi tudung Naelofar X Disney di sini hari ini.

Tidak pernah terfikir untuk memisahkan hubungan Jebat dengan bapanya kerana isu tersebut, isteri kepada usahawan, Engku Emran itu berkata, dia tahu kebenaran tentang kes tersebut dan percaya dengan penjelasan Sharnaaz.

Menurutnya, dia mendapat tahu mengenai kejadian tersebut ketika sedang bercuti di Phuket pada Jumaat hingga Isnin lalu.

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan sangat menjaga anaknya. Itu tidak boleh dinafikan.

“Apa yang terjadi juga bukan seperti yang dilaporkan media. Ada tokok tambah juga dan lain dengan apa yang keluar dari mulutnya.

“Sharnaaz ada hantar video dia bertemu dengan Jebat pada saya. Nampak dia menitiskan air mata.

“Saya cuma pesan padanya, terus bergerak ke depan dan mulakan hidup baharu,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Sharnaaz dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Sentul pada Isnin lalu.

Sebelum itu, pelakon itu ditahan reman selama tiga hari bermula Sabtu lalu selepas dipercayai menumbuk dan menendang seorang lelaki disyaki pengawal keselamatan minggu lalu. – KOSMO! ONLINE01:31 PM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI