fbpx

Abang Datuk Nora meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA berkongsi berita duka tentang pemergian abangnya menerusi video dalam Instagram.

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Nora memaklumkan abangnya, Datuk Wan Suhaimi meninggal dunia dunia sekitar pukul 11.50 malam kelmarin.

Memuat naik foto kenangan bersama arwah, Nora menyifatkan Allahyarham sebagai seorang abang yang sangat baik budi pekertinya.

“Saya nak maklumkan kepada saudara-mara ataupun kenalan yang mengenali abang saya, Datuk Wan Suhaimi atau pun orang panggil Abang Mie baru sahaja menghembuskan nafas terakhir setelah lama juga dia sakit.

“Pukul 11.50 malam (Selasa) dia telah pun menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

“Saya mohon pada semua yang mengenali beliau agar mendoakan, mengampunkan segala dosa, halalkan segala hutang dan doakanlah abang saya. Dia abang saya yang paling baik,” katanya sebak menerusi sebuah video yang dikongsikan dalam Instagram.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu hit Hanya Satu itu turut mengakui Allahyarham abangnya sebagai seorang yang sangat penyayang dan sentiasa menyokong kerjaya seninya sejak dulu.

“Dia adalah satu-satunya abang yang paling baik dan sangat penyayang dengan saya serta selalu sokong kerjaya seni saya.

“Kesihatan abang Mie mula terganggu semenjak kematian isterinya yang tercinta. Al-Fatihah. Ja (Nora) sayang abang Mie, tapi Tuhan lebih menyayangi dia,” tulisnya lagi.

Melihat ruangan komen, peminat dan rakan selebriti turut meninggalkan ucapan takziah atas kehilangan dirasai Nora.

Terdahulu, Nora pernah kehilangan suaminya yang juga komposer terkenal Johan Nawawi 24 Mac lima tahun lalu disusuli pemergian anak keduanya, Alif Johan pada 13 Disember 2019 yang meninggal dunia secara mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI