fbpx

17 kawasan di Melaka dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan di Sungai Rambai, Melaka yang mula dinaiki air banjir kilat susulan hujan lebat berterusan awal pagi tadi.

MELAKA – Sebanyak 17 kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak awal pagi tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka berkata, 16 kawasan terjejas adalah di daerah Melaka Tengah dan satu di Jasin.

Katanya, kawasan terlibat adalah Taman Rambai Indah, Gedung Lalang, Kampung Pinang, Pokok Mangga, Pekan Klebang Besar, Pulau Gadong, Taman Bukit Rambai, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Jaya dan Tanjung Minyak.

“Selebihnya di Kampung Bukut Datuk, Kampung Tampoi, Kampung Pengkalan Rama Pantai, Rumah Awam Pantai Peringgit, Taman Desa Molek dan Kampung Padang Bukit Lintang.

“Manakala satu kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di Jasin turut banjir,” katanya.

Ujarnya, bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan anggota APM telah berada di lokasi terjejas untuk pemantauan keselamatan penduduk.

“Beberapa buah kediaman di Sungai Rambai dan beberapa penempatan lain dinaiki air, namun keadaan masih terkawal dan tidak memerlukan pemindahan.

“Kita juga sentiasa membuat pemantauan paras air sungai yang berdekatan kawasan penempatan penduduk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI