fbpx

Amaran ribut petir di Langkawi, Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dua kawasan peranginan iaitu Langkawi, Kedah dan Port Dickson, Negeri Sembilan menerima amaran ribut petir pagi ini ekoran terdapat intensiti hujan melebihi 20 mm/jam selain dijangka berlaku melebihi tempoh sejam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, selain dua kawasan pelancongan itu, beberapa kawasan melibatkan tujuh negeri seluruh negara turut menerima amaran sama dan keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 10 pagi nanti.

“Antara negeri terlibat termasuklah Kedah, Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) selain dua kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam dan Sepang.

“Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin,” katanya dalam satu hantaran Facebook tadi.

Kata MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir juga dijangka berlaku di Melaka dan dua kawasan di Johor masing-masing melibatkan Tangkak dan Muar.

“Di Sarawak, amaran itu meliputi kawasan Sarikei, Sibu, Kanowit dan Kapit,” ujarnya.

Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dalam satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI