PETALING JAYA – Pelancaran roket satelit Measat-3d telah berjaya dilakukan sebentar tadi iaitu tepat pada pukul 5.50 pagi waktu Malaysia.
Pelancaran Measat- 3d melalui roket Ariene5 di Kourou, French Guiana.
Measat-3D merupakan setelit ke-10 Malaysia sejak kali pertama dilancarkan iaitu TiongSat-1 pada 1996 yang lalu.
Dengan kos sekitar RM1.2 bilion, Measat-3d adalah yang paling komprehensif dan kompleks di dalam kumpulannya berbanding Measat-3a dan Measat-3b.
Satelit Measat-3d ini akan meningkatkan keupayaan capaian Internet yang mampu dimiliki di kawasan bandar atau sub-luar bandar atau di kawasan sukar dimasuki dengan tumpuannya adalah di Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE.