fbpx

Jakim pantau isu badal haji palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (dua dari kiri) bersama Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qatta (kanan) melawat kemudahan Makkah Route yang disediakan Kedutaan Besar Arab Saudi di KLIA, Sepang hari ini

SEPANG – Meskipun bukan di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), agensi itu meminta mangsa penipuan badal haji palsu agar segera membuat laporan polis.

Nasihat ini disuarakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary susulan banyak kes melibatkan tawaran iklan perkhidmatan itu.

“Tabung Haji pun pada tahun ini tidak buat (badal haji) walaupun ada dapat banyak permintaan, namun kita pantau perkembangan isu ini dari masa ke semasa,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau hadir meninjau rapi operasi pelaksanaan Makkah Route atau program praperlepasan bakal jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Malaysia merupakan negara perintis inisiatif itu yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi pada 2017 lalu sebelum diperluaskan pula kepada Indonesia, Bangladesh, Maghribi dan Pakistan.

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Marzuk berkata, mereka yang berasa telah ditipu dengan tawaran upah berkenaan diminta tampil segera membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya pula.

“Saya menasihatkan umat Islam supaya lebih berhati-hati serta kena memastikan daripada pihak berautoriti jika masih ragu dengan iklan perkhidmatan itu yang tampak tidak logik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI