fbpx

Korea Selatan hantar satelit ke orbit Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancaran roket Nuri milik Korea Selatan. - Space.com

SEOUL – Korea Selatan menjadi negara ketujuh di dunia yang berjaya menempatkan satelit di orbit Bumi selepas melancarkan roket yang dibangunkan secara domestik, lapor akhbar Japan Times, kelmarin.

Peristiwa penting itu disifatkan sebagai membuka peluang untuk pembangunan masa depan program angkasa lepas di bawah pentadbiran presiden baharu, Yoon Seok-yool.

Pelancaran itu dibuat selepas percubaan kali pertama negara itu menemui kegagalan pada Oktober lalu. Satelit yang dilancarkan ketika itu tidak menuju ke arah orbit seperti yang sepatutnya selepas terpisah dari roket.

Ketika pelancaran kelmarin, roket bahan api cecair seberat 200 tan digelar Nuri, berlepas dari Pusat Angkasa Naro di Goheung, sebuah daerah di hujung selatan Semenanjung Korea pada pukul 4 petang (waktu tempatan).

Selepas mencapai ketinggian sasaran iaitu 700 kilometer, ia mengeluarkan satelit pengesahan prestasi seberat 162.5 kilogram dan satelit tiruan seberat 1.3 tan, demikian menurut kenyataan kementerian sains.

“Laluan ke alam semesta dari negara kita kini telah dibuka,” kata Seok-yool yang menyatakan sokongan penuh pentadbirannya untuk program pembangunan angkasa lepas.

Sementara itu, Menteri Sains Korea Selatan, Lee Jong-ho berkata, kerajaan merancang untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kestabilan teknikal melalui empat pelancaran tambahan menjelang 2027.

Selain Korea Selatan, negara-negara lain yang mempunyai keupayaan untuk menempatkan satelit seberat 1 tan atau lebih berat ke orbit adalah Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, China, Jepun dan India. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI