fbpx

Taiwan kerah jet pejuang selepas China hantar 29 pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pesawat pejuang F16 dirakam ketika latihan tahunan Han Kuang di Taiwan pada 15 September 2021. - AFP

TAIPEI – Taiwan mengerahkan sebilangan jet pejuang kelmarin, sebagai tindakan yang memberi amaran kepada China selepas 29 pesawat milik Beijing terbang berhampiran dengan zon pertahanan udaranya, lapor saluran televisyen Channel News Asia.

Pulau itu menggelar aktiviti ketenteraan berulang China sebagai ‘zon kelabu’ peperangan, yang dilakukan untuk melemahkan ketenteraannya serta bagi menguji tindak balasnya.

Aktiviti terbaharu Beijing menyaksikan ia menghantar antaranya, 17 jet pejuang, enam pesawat pengebom H-6, pesawat amaran awal serta antikapal selam dan sebuah pesawat pengisi bahan api, kata Kementerian Pertahanan Taiwan.

Sebilangan pesawat tersebut terbang di sebuah kawasan di timur laut Pratas, demikian menurut peta yang disediakan kementerian.

Bagaimanapun, pesawat pengebom yang turut disertai oleh pesawat perang elektronik dan pengumpul risikan dilaporkan terbang ke Selat Bashi yang memisahkan Taiwan dengan Filipina. Ia kemudian menuju ke arah Laut Pasifik sebelum berpatah balik ke China mengikut laluan sama.

Kementerian Pertahanan berkata, Taipei menghantar pesawat tempur bagi memberi amaran kepada jet milik China, manakala sistem peluru berpandu turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk memantau aktiviti tersebut.

Kejadian itu merupakan antara aktiviti ketenteraan terbesar sejak Taiwan melaporkan 30 pesawat China memasuki ruang zon pertahanan udaranya, berhampiran dengan Kepulauan Pratas pada 30 Mei lalu.

Operasi terbesar yang pernah dilakukan China bagi tahun ini adalah pada 23 Januari lalu yang melibatkan 39 buah pesawat.

Tiada sebarang komen dikeluarkan pemerintah China setakat ini. Langkah sedemikian sebelum ini disifatkan sebagai latihan ketenteraan bagi melindungi kedaulatan China. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI