fbpx

Angka korban gempa bumi di Afghanistan cecah 920

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan seorang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan merawat mangsa berikutan gempa bumi di daerah Gayan, wilayah Paktika. - AFP

KABUL – Angka kematian kejadian gempa bumi di Afghanistan meningkat kepada sekurang-kurangnya 920, selain beratus-ratus mangsa lagi dilaporkan cedera.

Jumlah itu dijangka meningkat lagi ketika pasukan penyelamat bertindak menggali kediaman-kediaman yang runtuh.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu melanda dengan kuat di kawasan timur Afghanistan pagi ini (waktu tempatan). 

Pemimpin tertinggi Afghanistan, Hibatullah Akhundzada memberi amaran bahawa angka korban dijangka meningkat lagi.

“Setakat ini, maklumat yang kami ada adalah sekurang-kurangnya 920 orang telah meninggal dunia dan 600 mangsa cedera,” kata timbalan menteri pengurusan bencana menerusi sidang media di Kabul.

Terdahulu, seorang ketua puak dari wilayah Paktika yang terjejas teruk, Yaqub Manzor berkata, penduduk yang terselamat dan anggota kecemasan bergegas membantu mangsa yang terjejas. 

“Pasar-pasar tempatan ditutup dan semua orang telah bergegas ke kawasan yang terjejas,” kata Yaqub kepada AFP melalui panggilan telefon. 

Gambar dan klip video yang disiarkan di media sosial menunjukkan banyak rumah di kawasan pedalaman terpencil rosak teruk.

Beberapa rakaman turut menunjukkan penduduk tempatan memuatkan mangsa ke dalam helikopter tentera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI