fbpx

Polimas lakar sejarah muncul juara LFIPT 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKAN (berdiri barisan depan, tujuh dari kanan) bergambar bersama pasukan Polimas (juara), UiTM (naib juara) dan KPTM tempat ketiga pada saingan LFIPT 2022 di UMT baru-baru ini.

POLITEKNIK Malaysia (Polimas) melakar sejarah menjuarai Liga Super Futsal Institusi Pengajian Tinggi (LFIPT) 2022 buat kali pertama setelah tamat sirkit akhir kejohanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini.

Polimas seharusnya berte­rima kasih kepada juara bertahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menumbangkan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi 7-4 sehari sebelum itu.

Ia sekali gus membolehkan kedudukan teratas Liga Futsal IPT dirampas oleh Polimas yang melengkapkan aksi hari terakhir dengan membelasah KPTM 8-1.
Juara bertahan tiga kali berturut-turut, UiTM terpaksa berpuas hati selaku naib juara, manakala tempat ketiga milik KPTM.

Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Pe­rancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr. Pekan Ramli mengakui, ramai pemain berbakat dilahirkan daripada saingan Liga Futsal IPT edisi ini.

“Selepas penyertaan KPT pada MPFL (Liga Premier Futsal Malaysia) tahun ini, saya dapati pemain Futsal IPT begitu bersemangat sekarang.

“Saya akui ramai sangat berbakat dan kita harap mereka bersama KPT-PST Mustangs pada musim depan,” katanya.

Malang bagi dua pasukan Liga Super, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang terpaksa turun beraksi pada Liga Premier musim depan.

Sementara itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juara kategori Liga Premier selepas diturunkan pangkat daripada Liga Super musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI