fbpx

Lelaki gay, biseksual di Britain ditawar vaksin cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAKSIN Imvanex dilaporkan 85 peratus berkesan dalam mengawal wabak cacar monyet. – Bloomberg/Getty

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain bakal menawarkan vaksin kepada lelaki gay dan biseksual yang berisiko tinggi dijangkiti cacar monyet untuk melindungi mereka daripada virus itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Sekurang-kurangnya 800 kes cacar monyet telah direkodkan di Britain. Hampir semua jangkitan telah dikesan pada lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.

Dalam usaha untuk menurunkan bilangan kes, Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) mengesahkan bahawa sebilangan lelaki gay dan biseksual akan ditawarkan vaksin Imvanex. Ia dilaporkan 85 peratus berkesan dalam mengawal wabak itu.

“Meskipun kebanyakan kes hanya menunjukkan gejala sederhana, sakit teruk boleh terjadi terhadap beberapa orang.

“Jadi, amat penting untuk kami menggunakan vaksin sedia ada kepada kumpulan sasaran penularan,” kata Ketua Imunisasi UKHSA, Dr. Mary Ramsay.

Di bawah program tersebut, petugas kesihatan akan menawarkan suntikan kepada lelaki yang mempunyai ramai pasangan, menyertai aktiviti seks berkumpulan atau menghadiri premis yang mengadakan aktiviti seks terbuka.

Sehingga kini, vaksin itu hanya ditawarkan kepada kes yang disahkan dan kontak rapat pesakit.

Dua minggu lalu, pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa sekiranya jangkitan terus meningkat, tindakan meluaskan program vaksinasi diperlukan dengan menyasarkan lebih ramai lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis, individu yang melawat klinik kesihatan seksual dan kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Berpandukan model yang digunakan untuk menetapkan sekatan pergerakan, rakyat Britain turut diberi amaran oleh pakar-pakar bahawa wabak cacar monyet boleh menular sehingga 10 kali ganda.  

Model itu bagaimanapun mencadangkan bahawa sebarang lonjakan kes dalam kalangan kumpulan selain lelaki gay dan biseksual adalah mustahil. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI