fbpx

Aura Harimau Malaya bakal iringi KL City FC – Akram Mahinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKRAM (kanan) percaya, KL City FC mampu menewaskan PSM Makassar menjelang aksi pertama Kumpulan H di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

KEJAYAAN Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023 secara tidak langsung turut me­nyuntik semangat barisan pemain Kuala Lumpur (KL) City FC ­untuk mencipta sejarah dalam sai­ngan Piala AFC musim ini.

Biarpun tewas 0-2 kepada Terengganu FC dalam aksi Liga Super baru-baru ini, ia tidak menjejaskan mood The City Boys yang kini berkobar-kobar untuk memburu kemenangan pertama di pentas AFC.

Tonggak KL City, Muhammad Akram Mahinan berharap mereka dapat bangkit dengan menewaskan kelab Indonesia, PSM Makassar menjelang aksi pertama Kumpulan H di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

“Skuad kebangsaan sebagai tunjang utama untuk bola sepak Malaysia. Jadi, liga kita juga nampak lebih seronok dan pastinya setiap pemain ada motivasi untuk bermain de­ngan pasukan kebangsaan.

“Peluang ini perlu diambil sepenuhnya dan harap semua dapat lakukan yang terbaik. Sayang kalau tak buat yang terbaik sebab ini satu kejohanan AFC.

“Kami nak cipta sejarah lagi walaupun rata-rata baru kali pertama bermain di kancah AFC. Kami mahu melakukan sesuatu yang membanggakan,” kata jeneral tengah berusia 29 tahun itu.

Jika berjaya menang ke atas PSM Makassar, skuad bimbingan Bojan Hodak itu masih perlu menewaskan satu lagi wakil Kumpulan H dari Singapura, Tampines Rovers untuk mara ke peringkat kalah mati.

Turut beraksi di Piala AFC adalah Kedah Darul Aman FC yang kini berada di Bali, Indonesia untuk aksi Kumpulan G menentang Bali United FC malam esok diikuti Kaya FC (Filipina) dan Visakha FC (Kemboja).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI