fbpx

Pesawat terbakar selepas mendarat cemas di Miami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kejadian selepas sebuah pesawat mendarat cemas di lapangan terbang Miami semalam. - WSVN

MIAMI, FLORIDA – Sebuah pesawat penumpang di Amerika Syarikat (AS) terbakar selepas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, semalam, lapor akhbar The Sun.

Tiga mangsa dilaporkan cedera selepas pesawat yang membawa 126 penumpang dan 11 anak kapal itu mendarat sekitar pukul 5.30 petang (waktu tempatan).

Gear pendaratan pada pesawat Red Air yang berlepas dari Republik Dominika itu runtuh di landasan, kata pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Ia menyebabkan pesawat itu terbakar dengan kru dilihat mengelilinginya ketika asap hitam tebal berkepul-kepul naik ke udara.

Tiga mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan akibat cedera ringan, demikian menurut pegawai lapangan terbang.

Stesen televisyen WSVN melaporkan bahawa sebuah menara komunikasi telah dilanggar oleh pesawat tersebut termasuk sebuah bangunan kecil yang terletak di kawasan itu. 

Pasukan bomba yang berada di tempat kejadian bertindak menyiram buih untuk membantu memadamkan api.

Nahas dilaporkan berlaku pada pukul 5.38 petang (waktu tempatan) dan anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian seminit kemudian, lapor stesen televisyen WPLG.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan kini akan menyiasat punca yang membawa kepada kejadian kebakaran itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI