fbpx

Kanak-kanak tertelan dadah dipindahkan semula ke HSIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menyerahkan kurniaan daripada Raja Perempuan Kelantan kepada ibu mangsa di pekarangan HRPZ II, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditidurkan selepas kritikal di unit rawatan rapi (ICU) kanak-kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini akibat tertelan dadah jenis methamphetamine akan dipindahkan semula ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai dalam masa terdekat.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki berkata, melihat kepada situasi terkini, mangsa sudah menunjukkan perkembangan positif apabila kanak-kanak itu sudah bernafas secara normal dengan tidak lagi menggunakan bantuan mesin oksigen.

Katanya, mangsa juga sudah sedarkan diri dan kesihatannya bertambah baik berbanding sebelum ini.

“Kita semua bersyukur melihat keadaan itu dan berharap kanak-kanak itu akan pulih seperti biasa.

Sekiranya mangsa dipindahkan ke HSIP, ia memudahkan ahli keluarga terdekat untuk menziarahi dan memantau kesihatannya,”katanya pada sidang akhbar selepas program Ziarah Prihatin Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan di pekarangan HRPZ II di sini hari ini.

Dalam kunjungan itu, Muhamad Zaki dan isterinya, Suzana Yashin merangkap Pemangku Pengerusi Perkep Kelantan turut menyampaikan kurniaan daripada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid kepada ibu mangsa yang berusia 36 tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI