PUTRAJAYA – Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,807 kes berbanding kelmarin, 2,092 kes sekali gus mengatasi 1,716 kes sembuh.
Berdasarkan laman web CovidNow, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 714 kes diikuti Kuala Lumpur (521), Pulau Pinang (125), Perak (98), Sabah (96), Negeri Sembilan (69), Johor (63) dan Kedah (52).
Ia diikuti Sarawak (47), Putrajaya (37), Melaka (32), Pahang (23), Kelantan (19), Terengganu (14), Labuan (7) dan Perlis (4).
Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 451 orang berbanding kelmarin, 401 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 29 kes, berbanding jumlah semalam, 23 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 20 kes berbanding jumlah kelmarin, 18 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.- KOSMO! ONLINE