fbpx

1,781 individu merokok di kedai makan dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Terengganu menunjukkan sebahagian rokok dan vape yang dirampas sebagai bahan bukti sewaktu Ops Gomo Asap Malam di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan 1,781 notis kompaun kesalahan merokok di premis makanan berjumlah RM440,200 sejak awal tahun ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, ia menunjukkan peningkatan ketara hampir sekali ganda berbanding 943 kes berjumlah RM243,550 dalam tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, faktor peralihan ke fasa endamik dan perlanjutan waktu operasi premis menjadi antara punca utama peningkatan kes kesalahan melibatkan perokok di premis makanan pada waktu ini.

“Tahun ini kami terima banyak aduan dan rungutan mendakwa perokok kembali merokok di premis makanan disebabkan perubahan waktu operasi. Hasil risikan kami mendapati dakwaan itu benar.

“Aktiviti penguatkuasaan dilakukan setiap hari dan pesalah akan dikenakan notis kesalahan mengikut Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 (Pindaan 2018),” katanya ditemui ketika mengetuai Ops Gomo Asap Malam di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI