fbpx

Kepala bayi dipenggal, ditinggal di dalam rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan tersebut terpenggal kepala bayi berkenaan di dalam rahim wanita itu dan tidak mengeluarkannya. – iStock

ISLAMABAD, PAKISTAN – Seorang wanita di Pakistan terpaksa berdepan dengan detik trauma dalam hidup  apabila kepala bayinya dipenggal secara tidak sengaja oleh seorang kakitangan perubatan sebelum ditinggalkan di dalam rahimnya.

Menurut laman berita NDTV, kejadian tersebut berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh, Ahad lalu.

“Wanita berusia 32 tahun itu pada awalnya telah pergi ke sebuah pusat perubatan pedalaman (RHC) di kawasan tempat tinggalnya.

“Namun, disebabkan tiada doktor sakit puan, kakitangan  tidak berpengalaman itu telah menyebabkan dia berdepan dengan trauma,” kata ketua unit ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander.

Menurut Raheel, kakitangan tersebut terpenggal kepala bayi berkenaan di dalam rahim wanita itu dan tidak mengeluarkannya.

Ketika pesakit tersebut berdepan dengan situasi kritikal, dia dikejarkan ke sebuah hospital terdekat di bandar Mithi, di mana tiada kemudahan untuk merawatnya.

Mereka kemudian membawanya ke LUMHS, di mana keseluruhan mayat bayi berkenaan dibawa keluar dari rahim wanita itu. Tindakan pantas tersebut dapat menyelamatkan pesakit itu.

Susulan insiden itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr. Juman Bahoto telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi kes tersebut.

Jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti kejadian sebenar terutamanya situasi ketiadaan pakar ginekologi dan kakitangan wanita di RHC tersebut. – AGENSI   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI