fbpx

Bekas pemandu lori jual belut, raih RM30,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zulkifli menunjukkan sebahagian bekalan belut di rumahnya di Kampung Binjai Bongkok, Marang semalam.

MARANG – Percaturan seorang pemandu lori menukar kerjaya kepada pembekal belut sejak dua tahun lalu membuahkan hasil apabila mampu meraih pendapatan sehingga RM30,000 sebulan.

Muhamad Zulkifli Yusof, 28, berkata, permintaan terhadap belut dalam kalangan penduduk Terengganu amat tinggi sehingga 1.3 tan sebulan.

Katanya, dia mula berjinak-jinak membekalkan belut terutama kepada pengusaha kedai makan di sekitar Kuala Terengganu sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sambutan amat memberangsangkan sehingga saya tidak menang tangan, malah saya juga ­digelar ‘Yo Belut’.

“Saya membuat keputusan untuk berhenti terus sebagai pemandu lori kerana perniagaan membekal belut ini lebih lumayan serta tidak perlu berjauhan lagi dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di Kampung Binjai Bongkok di sini semalam.

Muhamad Zulkifli membe­ritahu belut spesies paya, sawah dan pasir dijual pada harga RM28 sekilogram dan dia mampu meraih jualan antara RM20,000 hingga RM30,000 sebulan hasil menjual belut.

“Bekalan belut didapati dari Melaka, Perak dan Sungai Golok, Kelantan dan proses penghantaran kepada pelanggan yang kebanyakannya di Kuala Terengganu pula turut dibantu isteri, Izzati Yusof, 29.

“Saya turut menerima permintaan dari daerah-daerah lain dan luar Terengganu, namun setakat ini kita tidak dapat penuhi walaupun sebanyak 1.3 tan bekalan diperuntukkan setiap bulan,” ujarnya.

Muhamad Zulkifli berkata, dia turut menjual belut elbino sebagai hiasan dengan jualan mencecah RM100 seekor.

Menurutnya, belut elbino amat sukar diperolehi dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminatnya terutama di Lembah Klang.

“Seingat saya, hanya 20 ekor belut elbino pernah saya perolehi sepanjang dua tahun menjadi pembekal ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI