fbpx

Nagita Slavina tukar tuala mandi setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGITA SLAVINA

PELAKON juga penyanyi Nagita Slavina mengakui akan menukar tuala mandinya setiap hari kerana mahu tubuh badannya benar-benar bersih dan terhindar daripada sebarang bakteria.

Ujar isteri kepada aktor, Raffi Ahmad itu, rutin menukar tuala mandi setiap hari telah dipraktikkannya sejak penularan wabak Covid-19 yang masih berlarutan walaupun selepas dua tahun berlaku.

“Sebelum ini saya akan menukar tuala mandi setiap tiga hari sekali.

“Tapi sejak adanya Covid-19, saya akan menukar tuala mandi baharu setiap hari,” katanya.

Ujar pelakon yang pernah membintangi filem Dealova itu, dia pernah terbaca dalam sebuah artikel menyebut, setiap kali tuala mandi digunakan, terdapat ratusan juta virus dan bakteria akan melekat pada tuala mandi tersebut.

“Saya takut kalau dijangkiti bakteria. Jadi saya sanggup menukar tuala mandi setiap hari,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI